Takut Keluarga Terabai, Suami Tak Izin Izreen Azminda Kembali Berlakon

Hiburan

Takut Keluarga Terabai, Suami Tak Izin Izreen Azminda Kembali Berlakon

Selepas menimang cahaya mata pada 1 Julai tahun lalu hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Ude Wahid, kelibat pelakon Izreen Azminda kini bagai jarang muncul di kaca televisyen selepas mendirikan rumah tangga dengan lelaki tersebut.

izreen azminda tak dibenarkan belakon

Advertisement

Meskipun akui rindu untuk kembali aktif dalam dunia lakonan, namun Izreen dikhabarkan terpaksa menolak banyak tawaran drama kerana memerlukan komitmen masa yang panjang dan suaminya juga tidak mengizinkan.

“Saya akui memang rindu nak jalani penggambaran. Dah lebih 11 tahun saya berlakon. Rindu nak kembali aktif macam dulu-dulu tapi memandangkan saya sudah ada keluarga jadi ia agak menyukarkan.”

Menurut Izreen, selain tak mampu memberi komitmen sepenuhnya, suaminya juga takut andai tanggungjawab menjaga dan membesarkan anak-anak akan terabai.

izreen azminda tak dibenarkan belakon

“Dia takut nanti tak ada orang boleh jaga anak-anak kami. Saya pun jenis tak percaya orang jaga anak.”

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Izreen dan suaminya dilihat berada di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai rumah tangga mereka.

izreen azminda tak dibenarkan belakon

Bagaimanapun, Izreen menafikan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa mereka ke sana untuk membayar denda kerana berpoligami tanpa kebenaran.

Untuk rekod, Izreen berkahwin dengan pemuzik, Ude Wahid pada 8 Ogos 2017 secara rahsia ketika itu Ude masih bergelar suami kepada Intan Liana Salleh. Rentetan itu, Uda bertindak menceraikan isteri pertamanya itu selepas lima tahun berkahwin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...