Kerana takut rahsia mereka terbongkar, pasangan remaja tergamak melakukan kekejaman terhadap bayi mereka yang baru sahaja dilahirkan.
Seorang remaja perempuan dan kekasihnya ditahan polis selepas disyaki menyembunyikan kelahiran dengan menyumbat bayi yang baru lahir ke dalam beg dan menyebabkan kematiannya.
Kejadian berlaku di Telok Kemang, Port Dickson semalam dan perbuatan mereka terbongkar selepas polis menerima panggilan kecemasan dari Hospital Port Dickson pada jam 11.14 pagi tentang pesakit perempuan berusia 18 tahun melahirkan anak namun bayinya gagal dikesan.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, siasatan lanjut yang dijalankan oleh pihaknya telah berjaya menemukan bayi itu yang disembunyikan di dalam sebuah beg dalam bilik di sebuah rumah di Taman Intan Perdana.
Susulan itu, pasangan berusia 18 dan 21 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di Telok Kemang dan Port Dickson pada hari yang sama.
Pemeriksaan terhadap bayi perempuan itu ia cukup sifat namun disahkan telah meninggal dunia dan terdapat kesan kecederaan pada bahagian dada dipercayai objek tajam.
Tambahnya, hasil siasatan polis juga mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan motif kejadian adalah kerana bimbang rahsia mereka terbongkar dan takut dengan keluarga.
Berikutan itu, polis turut merampas uri, pakaian, senjata iaitu pisau dan telefon bimbit untuk siasatan lanjut.
Suspek dilaporkan telah dibawah ke Mahkamah Majistret Port Dickson semalam untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.