Sekian lama tidak mendengar khabar, Engku Emran berkongsi kisah tentang ibu kesayangannya yang telah kembali ke rahmatullah pada Jun lalu.
Menerusi Instagram, Engku Emran memuat naik gambar bersama anak perempuannya di Masjid Wilayah dan foto itu diambil ketika Engku Aleesya menemaninya solat hajat.
Gambar ni Emran ambik 5 hari sebelum mummy meninggal. Emran baru lepas solat maghrib dan solat hajat dengan Aleesya. Masa ni Emran takut kehilangan mummy sangat sangat sebab tu minta tolong Aleesya teman.
View this post on Instagram
Rata-rata pengikut Emran yang melihat gambar berkenaan mengucapkan takziah kepadanya dan mendoakan agar dia tabah dengan pemergian ibunya itu.
Sejak perkongsian itu, Emran dilihat memuat naik koleksi swafoto dia bersama Aleesya dari anak perempuannya kecil sehingga sekarang.