Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Takut Ilmu Tak Masuk, Awal Ashaari Risau Tengok Anak-Anak Hadapi Pembelajaran Secara ‘Online’

Pengacara dan personaliti TV, Awal Ashaari baru-baru ini ada meluahkan rasa bimbang memikirkan keadaan pelajar sekolah yang terpaksa menjalani pembelajaran secara atas talian ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Awal AshaariSumber : Instagram Awal Ashaari  

Menurut Awal, dia gusar memikirkan sama ada kanak-kanak betul memahami apa yang dipelajari kerana merasakan agak sukar untuk fokus jika tidak berhadapan dengan guru masing-masing.

Advertisement

Menganggap situasi sekarang sebagai detik sukar buat para guru dan pelajar, Awal dilihat telah berkongsikan situasi semasa anak sulungnya, Lara Alana yang sedang belajar dari rumah secara ‘online’ menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.

“Duduk rumah lama sangat, tudung pun dah tak muat! Rasanya dalan 100% yang cikgu ajar, berapa peratus je yang masuk dalam kepala? Dengan gangguan di rumah di kalangan rakan-rakan pelajar. Ada yang terlentang, ada yang meniarap, ada nelompat, ada yang menyanyi, ada yang buat stunt..”

Memahami bahawa golongan pendidik juga berhadapan dengan kesukaran untuk memantau pelajar kerana hanya mampu untuk mengajar di alam maya, suami kepada pelakon dan model, Scha Alyahya ini turut menitipkan doa agar situasi yang dihadapi kita semua sekarang  segera cepat pulih dan dapat kembali seperti kebiasaannya.

Meninjau ruangan komen hantaran Awal di Instagram itu, ramai ibu bapa turut tampil berkongsikan keresahan mereka dalam memantau anak-anak  ketika pembelajaran secara atas talian berlangsung.

SUMBER : Instagram Awal Ashaari
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama