Pengacara dan personaliti TV, Awal Ashaari baru-baru ini ada meluahkan rasa bimbang memikirkan keadaan pelajar sekolah yang terpaksa menjalani pembelajaran secara atas talian ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Awal, dia gusar memikirkan sama ada kanak-kanak betul memahami apa yang dipelajari kerana merasakan agak sukar untuk fokus jika tidak berhadapan dengan guru masing-masing.
Menganggap situasi sekarang sebagai detik sukar buat para guru dan pelajar, Awal dilihat telah berkongsikan situasi semasa anak sulungnya, Lara Alana yang sedang belajar dari rumah secara ‘online’ menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.
View this post on Instagram
“Duduk rumah lama sangat, tudung pun dah tak muat! Rasanya dalan 100% yang cikgu ajar, berapa peratus je yang masuk dalam kepala? Dengan gangguan di rumah di kalangan rakan-rakan pelajar. Ada yang terlentang, ada yang meniarap, ada nelompat, ada yang menyanyi, ada yang buat stunt..”
Memahami bahawa golongan pendidik juga berhadapan dengan kesukaran untuk memantau pelajar kerana hanya mampu untuk mengajar di alam maya, suami kepada pelakon dan model, Scha Alyahya ini turut menitipkan doa agar situasi yang dihadapi kita semua sekarang segera cepat pulih dan dapat kembali seperti kebiasaannya.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen hantaran Awal di Instagram itu, ramai ibu bapa turut tampil berkongsikan keresahan mereka dalam memantau anak-anak ketika pembelajaran secara atas talian berlangsung.