Takut Hubungan Terganggu, Caprice Tak Berniat Rahsiakan Perkahwinan

Hiburan

Takut Hubungan Terganggu, Caprice Tak Berniat Rahsiakan Perkahwinan

Penyanyi rap sensasi, Caprice yang melangsungkan pernikahan kelmarin berkata, dia tidak berniat merahsiakan urusan pernikahan mereka, sebaliknya bimbang hubungan mereka terganggu.

farra inalis caprice
2 years ago

Farra Akui Terima Caprice Kerana Tak 'Fake' Layan Anaknya

Advertisement

Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli berkata dia takut andai hubungan terganggu sekiranya menghebohkan kepada umum sebelum perkahwinan dan berasa ini waktu yang terbaik selepas terlalu banyak hal-hal yang tak diingini berlaku.

Caprice, 32, telah mengenali isterinya, Elis sejak setahun lalu dan mengakui banyak ujian yang ditempuh sehingga hari perkahwinan.

Niat merahsiakan hubungan kami adalah bagi mengelakkan terlalu banyak campur tangan orang luar. Saya bimbang perancangan terganggu sekiranya menayang hubungan kami terlalu awal.

Menurutnya lagi, sejak mengenali Elis, dia sering memberi semangat kepadanya dalam setiap perkara.

Kalau nak tahu, sejak hari kami ambil keputusan untuk bernikah sehingga hari perkahwinan, banyak ujian yang berlaku. Namun, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.

Terdahulu, Elis mendedahkan salah satu sebab dia memilih Caprice sebagai peneman hidupnya kerana melihat sikap penyayang Caprice terhadap anaknya, Aleesya Sofea yang kini berusia lima tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...