Written by Irsa | October 15th, 2019

Pasangan Mawar Karim dan Fizo Omar akhirnya telah mengumumkan penceraiaan mereka pada 10 Julai. Walaupun sudah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka tapi apakan daya apabila jodoh sudah tiada.

mawar karim melangkah ke hadapan

Namun begitu, Mawar Karim tidak lagi menoleh ke belakang dan terus melangkah ke hadapan menghadapi fasa baru di dalam kehidupannya bersama anak perempuan tercinta.

Apa yang saya lalui saya kena positif, bahkan saya ada minta rujukan daripada Prof Muhaya, Ustazah Siti Nor Bahyah dan Datuk Mashitah.

Macam saya, kekuatan tu saya dapat melalui Allah. Saya kena minta dan mohon dengan Allah. Saya tahu saya ada kelemahan.

Sebagai orang berniaga, saya tak boleh tunjuk wajah sedih. Kita kena pandai ke hadapan dan hadapi semua ini.

Wanita itu juga akui yang dia takut untuk membaca komen netizen kerana bimbang emosinya akan terganggu.

Sejujurnya, saya tidak berani baca komen-komen sebab takut emosi terganggu, tak boleh kerja. Jadi untuk saya move on, saya pilih untuk tidak baca.

mawar karim takut baca komen netizen

Kini, Mawar lebih tenang menghadapi kehidupan barunya. Dalam kepalanya, kehidupan anak perempuannya itu yang harus diutamakan. Dia juga tiada niat untuk menyorokkan hal sebenar daripada Maryam apabila dia sudah besar nanti.

Satu hari nanti saya kena cerita benda yang betul tentang apa yang berlaku kepada Maryam. Walau apa pun, saya akan pastikan kasih sayang kami sebagai bapa dan mak kepada Maryam tak berkurang.

Tabahnya Mawar! Harapnya wanita itu terus kuat untuk menghadapi dunia baru bersama anaknya.

Sumber: Forum CARI

11 responses to Takut Emosi Terganggu, Mawar Karim Akui Tak Baca Komen Netizen

  1. dora says:

    mawar memang dah cantik dah. cuma mesti lagi lawa kalau tukar skit warna lipstik kepada yg lebih ceria, utk nampak lebih manis dan bersemangat. mesti u looks so different. mawar wanita kuat.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini