Terbaru di Beijing, seorang lelaki China sanggup menipu demi meloloskan dirinya dari disaman pihak berkuasa.
Nak dijadikan cerita, insiden itu terjadi apabila lelaki yang berasal dari Yancheng, Wilayah Jiangsu, Timur China itu ditahan polis atas kesalahan tidak memakai topi keledar ketika sedang menunggang motosikal.
Bukan itu sahaja, lelaki yang digelar Hao itu turut menipu pihak berkuasa bahawa dirinya dijangkiti Covid-19 dengan niat untuk melepaskan diri dari dikenakan saman.
Selain ditahan pihak berkuasa, Hao juga dikenakan tindakan dengan kesalahan melanggar peraturan kerana membonceng individu dewasa walhal hanya kanak-kanak dibawah 16 tahun sahaja dibenarkan menjadi pembonceng. Aduh!
Pun begitu, lelaki itu terus menggunakan taktik penipuannya dengan menyatakan dia sedang dijangkiti Covid-19. Lebih teruk, Hao masih tidak mahu bersikap jujur walaupun sudah ditanya sebanyak dua kali.
Setelah dipaksa, ternyata tembelang Hao terbongkar setelah jabatan kawalan dan pencegahan epidemik memaklumkan mengenai info palsu itu.
Hao akhirnya direman selama tujuh hari kerana menyekat tugas pasukan polis.
Alahai, macam-macam cara orang nak menipu ya sekarang ni.