Takut Dimarahi Keluarga, Remaja 18 Tahun Bertindak Buang Bayi Tanpa Seurat Benang

Trending

Takut Dimarahi Keluarga, Remaja 18 Tahun Bertindak Buang Bayi Tanpa Seurat Benang

Gara-gara terlalu takut dimarahi keluarga, seorang remaja  tergamak membuang bayi perempuan yang baru dilahirkan di atas pasir di bahagian belakang rumah keluarganya di Kampung Geliga, Chukai.

Remaja itu sebelumnya telah melahirkan bayi yang cukup sifat itu di dalam tandas rumah sebelum mengambil keputusan membuang bayi itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, bayi dalam keadaan berbogel dan masih lagi terdapat kesan darah hanya disedari salah seorang penghuni rumah terbabit kira-kira jam 5.30 pagi sebelum memaklumkan kepada jiran terdekat.

Advertisement

“Bayi dalam keadaan sihat itu dibersihkan sebelum dihantar ke Hospital Kemaman manakala kejadian itu dimaklumkan kepada polis kira-kira jam 5.31 pagi”

“Siasatan seterusnya mendapati jarak bayi yang masih bertali pusat dibuang iaitu kira-kira 0.5 meter dari rumah”

Beliau berkata, soal siasat dijalankan mendapati suspek mengaku melahirkan bayi tersebut tanpa pengetahuan keluarganya dan meletakkan bayi itu di lokasi berkenaan.

“Bagaimanapun, kedua-duanya dilaporkan berada dalam keadaan sihat tetapi suspek masih kelesuan dan keletihan mungkin disebabkan kesan baru bersalin,” katanya.

Menurutnya, suspek kini ditahan dan permohonan reman akan dibuat untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Allahu, semoga perkongsian ini dapat memberi iktibar buat semua.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...