Takut Dimarahi Isteri Kerana Habiskan RM500 Untuk Perempuan Lain, Warga Emas Buat Laporan Polis Palsu

Trending

Takut Dimarahi Isteri Kerana Habiskan RM500 Untuk Perempuan Lain, Warga Emas Buat Laporan Polis Palsu

Tembelang seorang warga emas melakukan laporan polis palsu yang mendakwa dia disamun Rm500 terbongkar takut dimarahi isterinya selepas polis melakukan siasatan, lapor Sinar Harian.

Advertisement

Warga emas berkenaan yang berumur 70 tahun dikatakan telah menghabiskan wang berjumlah RM500 dengan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita berusia 20-an di sebuah hotel pada 24 November lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata, berdasarkan laporan yang dilakikan pihak polis berhubung laporan polis yang dibuatnya sebelum ini, dia mendakwa disamun ketika melalui jalan belakang deretan kedai berhampiran stesen bas Bahau.

“Kita telah panggil semula warga emas ini semalam (4 Disember) untuk membuat kawad cam bersangkut repot pertamanya pada 24 November lalu, namun dia mengakui telah membuat repot palsu dan kejadian samun tidak berlaku.

“Dia telah merancang untuk membuat laporan polis kerana telah menghabiskan duit RM500 tanpa pengetahuan isteri dan takut isterinya marah.

“Hasil siasatan lanjut, pada hari kejadian sekitar jam 12 tengahari ketika dalam bas, dia berjumpa dengan seorang perempuan berusia 20-an,” katanya selepas mengesahkan laporan.

Beliau dikataktan telah mengajak perempuan berkenaan ke sebuah hotel di Bahau untuk melakukan hubungan seks.

“Perempuan tersebut mengenakan upah sebanyak RM100, dan warga emas ini kemudiannya terus membayar duit tanpa mengira terlebih dahulu wang tersebut.

“Kes ini bagaimana pun masih dalam siasatan polis dibawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...