Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Takut Dengan Laut, Cik Manggis Dedah Dirinya Hidap Thalassophobia

Mendedahkan dirinya sebenarnya menghidap thalassophobia iaitu sejenis fobia yang mempunyai rasa takut secara ekstrem terhadap perairan yang dalam atau laut, penyanyi Cik Manggis akui gementar dan takut meskipun berada di gigi pantai.

Advertisement

Menurutnya, pelbagai aktiviti pantai telah dilakukannya sebelum ini namun masih tidak mampu menangani fobia tersebut.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Manggis menerusi sebuah posting di laman Instagramnya.

Advertisement

“I’m living with Thalassophobia. Kadang-kadang duduk kat gigi pantai pun boleh nervous. Saya dah buat beberapa aktiviti pantai dan laut untuk tangani masalah fobia ini tetapi nampaknya ia semakin teruk.”

Bagaimanapun, Manggis menjelaskan dirinya masih berusaha untuk menghilangkan fobia tersebut dan dikhabarkan cuba meminta nasihat dan tip dari pengikut di laman sosial.

Takut Dengan Laut, Cik Manggis Dedah Menghidap Thalassophobia

“Siapa yang pernah ada fobia dan berjaya atasi fobia dia? Boleh share di sini apa jenis fobia dan bagaimana kamu atasinya? Any tips physically & mentally?”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut berkongsi pendapat masing-masing dan beragapan bahawa Manggis tidak keseorangan kerana ramai lagi yang senasib dengannya.

Untuk rekod, Manggis sebelum ini mengejutkan ramai pihak selepas penampilannya yang seksi dahulu telah berakhir apabila beliau kini telah memutuskan untuk berhijab sepenuhnya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top