Di Indonesia, seorang pempegaruh Indonesia di platform TikTok mempunyai keistimewaan miliki tanda lahir di seluruh tubuh badannya.
Biarpun mempunyai tanda lahir yang banyak disekitar kawasan muka, wanita tersebut tidak pernah berasa ‘kecil’ dan tetap mempercayai diri sendiri.
Walaupun menerima diri seadanya, wanita bernama Sabrina Fellani memberitahu pernah melalui situasi dimana keluarga teman lelaki tidak dapat menerimanya sebagai menantu kerana bimbang cucu mereka turut hadapi hal yang sama.
Wanita tersebut telah perjelaskan bahawa tompokan yang dialami di seluruh tubuh badan adalah tanda lahir biasa dan sama sekali tidak akan menjejaskan jenetik anak.
Kata Sabrina lagi, atuknya pernah menawar diri untuk menaja kos operation tetapi dia menolak dan pilih untuk terima anugerah yang diberi oleh Allah SWT.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikkan Sabrina dan merasakan tanda lahir yang ada di seluruh tubuhnya itu adalah keunikan diri sendiri.