“Takut Beranak Tapi Buat Sedap..” – Rebecca Nur Al-Islam Kongsi Pengalaman Lahirkan 6 Orang Anak

Hiburan

“Takut Beranak Tapi Buat Sedap..” – Rebecca Nur Al-Islam Kongsi Pengalaman Lahirkan 6 Orang Anak

Baru-baru ini, pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam tampil berkongsikan pengalamannya melahirkan enam orang cahaya mata dalam podcast bersama-sama pelakon hebat, Datuk Rosyam Nur dan Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan.

Menurut Rebecca, dia akui berasa takut sewaktu mahu melahirkan anak dan pilih kaedah pembedahan untuk keenam-enam anak yang dikandung.

Advertisement

Ceritanya saya takut beranak tapi sedap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BeccaHq (@beccahq)

Kata Rebecca atau mesra dipanggil Becca, dirinya mula mempunyai perasaan takut setelah menonton video bersalin secara normal di aplikasi YouTube.

Tambahannya lagi, doktor sudah memberi saranan agar dia bersalin secara normal, namun perasaan takut membuatkannya tekad untuk pilih kaedah pembedahan sepanjang melahirkan keenam-enam anak.

Dalam pada masa yang sama, pelakon itu turut berkongsikan bahawa dia sangat tegas dengan pendirian berpantang selama 100 hari dan melarang suami untuk ‘bersentuhan’.

Sekadar info, Rebecca dan suami, Datuk Nur Azam Sulaiman disatukan pada tahun 2011. Mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Aliff Al- Raffael, Nor Ahmed Al- Reaggan, Nor Aurora Riana dan Nor Ammar Al-Rizky.

Rebecca Nur Islam
1 year ago

"Jadi Haram Kalau Dah Bahayakan Diri, Fikirlah Baby Dalam Perut!" - Percutian Rebecca Nur Islam Di Bali Dikecam?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...