Baru-baru ini, pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam tampil berkongsikan pengalamannya melahirkan enam orang cahaya mata dalam podcast bersama-sama pelakon hebat, Datuk Rosyam Nur dan Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan.
Menurut Rebecca, dia akui berasa takut sewaktu mahu melahirkan anak dan pilih kaedah pembedahan untuk keenam-enam anak yang dikandung.
Ceritanya saya takut beranak tapi sedap.
View this post on Instagram
Kata Rebecca atau mesra dipanggil Becca, dirinya mula mempunyai perasaan takut setelah menonton video bersalin secara normal di aplikasi YouTube.
Tambahannya lagi, doktor sudah memberi saranan agar dia bersalin secara normal, namun perasaan takut membuatkannya tekad untuk pilih kaedah pembedahan sepanjang melahirkan keenam-enam anak.
Dalam pada masa yang sama, pelakon itu turut berkongsikan bahawa dia sangat tegas dengan pendirian berpantang selama 100 hari dan melarang suami untuk ‘bersentuhan’.
Sekadar info, Rebecca dan suami, Datuk Nur Azam Sulaiman disatukan pada tahun 2011. Mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Aliff Al- Raffael, Nor Ahmed Al- Reaggan, Nor Aurora Riana dan Nor Ammar Al-Rizky.