Taktik Sorok Dalam Dashboard Seludup Manusia Ke Negara Eropah

Kehidupan

Taktik Sorok Dalam Dashboard Seludup Manusia Ke Negara Eropah

Bagi mereka yang ingin menyeludup masuk ke negara lain tanpa passport pelbagai cara di luar pemikiran kita semua mereka sanggup lakukan bagi melepaskan diri  tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri.

Di Sepanyol, polis yang menjaga sempadan terkejut apabila menemui seorang pemuda bersembunyi di dalam papan pemuka kereta dalam usaha untuk menyeludup masuk ke Melilla, Sepanyol.

Advertisement

Daily Mail melaporkan, pegawai berkata tiga kenderaan dihentikan di Beni-Enzar, Maghribi, dalam masa tiga jam pada hari Sabtu minggu lalu.

Bukan itu sahaja, mereka juga menemui seorang lelaki berusia 20 tahun bersembunyi dalam papan pemuka kereta yang terletak berhampiran enjin kereta untuk kereta pertama.

Para pendatang, termasuk seorang gadis berusia 15 tahun telah diselamatkan dari diseludup ke negara lain dengan persekitaran mereka yang sempit bersama dua orang lelaki, berusia 20 dan 21 tahun yang terpaksa menerima rawatan perubatan.

Polis sempadan berkata, mereka semua kelihatan lemas, kesakitan di bahagian sendi akibat  keadaan yang terlalu sempit dan agak lama.

Tiga lelaki, semua warga negara Maghribi yang berusia 19, 30 dan 31 telah ditangkap kerana disyaki menyeludup manusia.

Sindiket penyeludupan manusia sebelum ini melakukan pelbagai taktik dalam usaha untuk membawa pendatang masuk ke Eropah melalui pintu sempadan Sepanyol dan Maghribi itu.

Pada Januari lalu, polis menemui dua lelaki yang bersembunyi di dalam tilam yang diletakkan di atas sebuah kereta.

Seorang budak lelaki berusia 12 tahun ditemui kelemasan akibat kepanasan selepas bersembunyi di antara papan pemuka dan enjin kereta pada 2017.

Berhati-hatilah warga Malaysia, kejadian ini berlaku di luar negara tetapi berkemungkinan kes-kes penyeludupan kanak-kanak juga menggunakan taktik yang sama tetapi masih belum dapat dibongkarkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...