Taktik Scammer Kini Menggunakan Jemputan Kahwin Melalui Applikasi WhatsApp

Teknologi

Taktik Scammer Kini Menggunakan Jemputan Kahwin Melalui Applikasi WhatsApp

Pelbagai taktik scam dan penipuan kini makin menular terutamanya melalui smartphone. Tambahan pula, penggunaan applikasi seperti WhatsApp dan Telegram kini cukup meluas di kalangan pengguna smartphone di Malaysia.

Sebuah tangkap layar yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter kini menimbulkan keresahan orang ramai.

Advertisement
taktik scam kad kahwinSumber : Twitter @IniAlalalannn  

Menerusi muat naik tersebut taktik terbaru scammer ini menyebarkan Malware yang ditanam di dalam aplikasi (APK) tetapi berselindung di sebalik sebuah jemputan majlis perkahwinan.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) juga telah mengesahkan taktik scammer tersebut dan telah menyeru orang ramai supaya tidak memuat turun sebarang fail atau aplikasi yang tidak disahkan.

Pelbagai tips untuk memastikan agar maklumat peribadi anda selamat diberikan oleh warga netizen.

Menurut seorang pengguna twitter, jika seseorang individu memuat turun APK tersebut, maka scammer mampu mengakses data peribadi seperti TAC.

taktik scamSumber : Twitter  

APK ini juga akan secara automatik memberi akses kepada malware dan applikasi tertentu

taktik scamSumber : Twitter  

Semua aplikasi yang dimuat naik ke Play Store atau App Store perlu melalui saringan keselamatan untuk memastikan ketulenan applikasi tersebut. Tiada istilah selamat apabila anda memuat turun APK melalui Whatsapp

taktik scamSumber : Twitter  

Lebih mengerikan adalah ibubapa dan warga emas yang mungkin tidak begitu cakna mengenai taktik scammer tersebut.

taktik scamSumber : Twitter  

Ada juga yang meluahkan perasaan terkejut apabila dapat tahu mengenai taktik terbaru scammer-scammer durjana ini.

taktik scamSumber : Shahzeeq Shahren  

Harus diingatkan juga, ini mungkin salah satu daripada ratusan taktik terbaru scammer untuk mengakses segala data peribadi anda dan siapa tahu, akaun bank anda pula boleh digodam selepas ini.

2 years ago

Gadis Mengaku 'Scam' Duit Kawan Lebih RM10K Untuk Beli Tiket Konsert, Dikecam Peminat K-Pop - "Langsung Tak Minta Maaf"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...