April 21st, 2016

Abang Nara memang hantu nasi lemak. Pagi-pagi kalau sarapan, mesti nak pekena nasi lemak dengan teh tarik. Pergh!!! Setiap hari makan pun tak apa. Memang tak jemu. Semua jenis nasi lemak Abang Nara dah try. Nasi lemak bungkus, nasi lemak telur mata, nasi lemak sambal sotong dan macam-macam lagilah. Namun kesemuanya tidak boleh melawan keenakan serta kesedapan nasi lemak Village Park.

shopback

Tengok ayam dia pun dah meleleh air liur dibuatnya. Siapa yang tak pernah merasa nasi lemak Village Park ini memang terlepas satu kenikmatan dunia. Sekali dah rasa, memang tak pandang nasi lemak lain. Harganya memang agak mahal namun berbaloi-baloi. Khas untuk pembaca BeautifulNara, Abang Nara nak bagi korang merasa nasi lemak Village Park ini secara PERCUMA. Free of charge!!!

shopback

Dibawakan khas oleh ShopBack, laman web yang memberikan kembali wang tunai setiap kali anda bershopping sakan di Zalora, Lazada, Qoo10 dan pelbagai lagi website, anda boleh merasai kelazatan nasi lemak Village Park secara percuma. Ikuti 3 langkah di bawah ini:-

1. Pergi ke nasi lemak Village Park di Damansara Uptown
2.Order nasi lemak regular yang berharga RM9
3.Makan sampai kenyang
4.Bayar RM9 di kaunter dan jangan lupa minta resit
5.Pergi ke www.shopback.my/villagepark dan muatnaik gambar resit anda tadi (jangan lupa daftar dulu sebagai ahli)
6.Tunggu akaun ShopBack dikreditkan dengan nilai RM9.
7.Lompat keriangan sebab anda dah makan nasi lemak Village Park secara percuma

shopback

Terharu Abang Nara dengan kebaikan hati ShopBack nak bagi kita merasai kelazatan nasi lemak Village Park secara percuma. 100% cashback tue. Promosi hebat ini akan tamat pada 15 Mei ini, jadi kenalah bersegera. Ajak kawan-kawan, adik beradik, suami isteri dan mak ayah korang. Untuk makluman, selain daripada nasi lemak PERCUMA ini, banyak lagi promosi awesome sedang dan akan berlaku di Shopback. Antaranya promosi 25% cashback di Zalora pada 21 April ini dan juga setiap hari Khamis (Shopback & Zalora). Gila banyak penjimatan tue.

shopback

Dan last but not least, bermula 21 April sehingga 28 April ini, pelbagai produk daripada kategori fesyen, elektronik, kecantikan, mainan bayi dan peralatan rumah akan dijual dengan harga bawah RM20. Korang tak perlu susah-susah nak cari kerana ShopBack akan carikan dan senaraikannya di ShopbackMY. Memang boleh jimat kaw-kaw punya.

shopback

Senang cerita jangan lepaskan peluang untuk berjimat setiap kali korang melakukan pembelian online dengan ShopbackMY. Pastikan tak terlepas peluang untuk makan nasi lemak Village Park secara PERCUMA. Bukan senang peluang camnie nak datang. Selamat menjamu selera!!!


Comments are closed.

Loading...