Taktik Guna ‘Bahan Bakar’ Gagal, Remaja Melecur Teruk Selepas Api Kian Marak

Dunia

Taktik Guna ‘Bahan Bakar’ Gagal, Remaja Melecur Teruk Selepas Api Kian Marak

Malang tidak berbau! Hanya kerana terlampau taksub, seorang remaja perempuan berusia 13 tahun melecur teruk dan hilang keupayaan tangan selepas melakukan cabaran dalam aplikasi TikTok.

Lapor Mirror, gadis yang dikenali Destini Crane itu dipercayai membawa lilin, pemetip api dan sebotol alkohol ke dalam bilik air untuk cuba melukis bentuk pada cermin sebelum menyalakannya dengan api.

Namun, percubaannya gagal apabila ibu Destini, Kimberly terdengar anak gadisnya menjerit di dalam tandas.

Semuanya menjadi lebih teruk apabila alkohol tersebut tumpah memenuhi tandas rumahnya dan api menjulang tinggi, menyebakan anak gasinya melecur teruk.

Advertisement

Gadis itu kemudiannya dikejarkan ke hospital dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sejak 13 Mei hingga kini.

“Saya berada di ruang tamu sambil berbual dengan ibu saya kapabila saya terdengar Destini menjerit minta tolong”

“Bila saya buka pintu tandas, semuanya terbakar termasuk Destini”

Menurut laporan, gadis itu melecur pada bahagian leher, tangan kanan dan perlu menjalani pembedahan kulit.

Semoga insiden ini memberi pengajaran buat kita semua ya. Jangan terpengaruh dengan perkara yang membahayakan, terutama sekali yang melibatkan bahan bakar seperti alkohol.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...