Demi mengalih perhatian seorang kanak-kanak, anggota bomba terpaksa menayangkan animasi ‘Didi & Friends’ menerusi telefon bimbit untuk mengeluarkan kaki seorang kanak-kanak lelaki yang tersangkut dalam lubang tandas di Taman Bukit Dahlia di sini pada malam Rabu.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Iszahwati Supardi berkata,
Usaha tersebut membuahkan hasil apabila kanak-kanak berusia tiga tahun itu dilihat leka ketika kerja-kerja mengeluarkan kakinya yang tersepit sedang dilakukan.
Menurut beliau, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 8.51 malam sebelum lapan anggota, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
Kaki seorang kanak-kanak lelaki itu dikatakan termasuk dalam lubang tandas tingkat dua sebuah premis rumah kedai.
Nak dijadikan cerita, kanak-kanak itu sedang mandi bersama-sama adik beradiknya yang lain sebelum kaki mangsa termasuk ke dalam lubang saluran air yang tidak berpenutup.
Ujar ibu mangsa, bagi melekakan dan menenangkan kanak-kanak itu, anggota bomba terus membuka rancangan animasi ‘Didi & Friends’ semasa kerja-kerja memecah simen sekeliling lubang dan pintu kedai di bahagian bawah bagi memotong saluran paip menggunakan peralatan khas.
Khabarnya, kerja-kerja menyelamatkan kanak-kanak itu mengambil masa selama kira-kira 1 jam 20 minit. Lama juga tu kan.
Mangsa yang berjaya diselamatkan diberi rawatan awal dan mangsa didapati tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Nasib baik lah ada didi and friends kan. Adoi, macam-macam. Haha. Apapun, semoga cepat sembuh ya adik.