“Taktau Cerita Jangan Memandai, Nak Jadi Keyboard Warrior…” – Seperti Salahkan Azhan Rani, Pengarah ‘Sembur’ Kenyataan Fizz Fairuz

Hiburan

“Taktau Cerita Jangan Memandai, Nak Jadi Keyboard Warrior…” – Seperti Salahkan Azhan Rani, Pengarah ‘Sembur’ Kenyataan Fizz Fairuz

Pelakon Fasha Sandha cedera teruk di bahagian mata kirinya akibat satu insiden yang berlaku ketika melakonkan babak bersama Azhan Rani.

Ketika penggambaran tersebut, Fasha terjatuh sewaktu menjayakan babak di mana dia ditolak oleh Azhan dan kepala serta matanya terhentak di bahagian bucu katil.

Advertisement

Ramai rakan artis mengucapkan takziah kepada Fasha dan ada yang menyuarakan tentang kebimbangan serta risiko anak seni ketika penggambaran.

Tidak ketinggalan, Dato Fizz Fairuz yang membuat hantaran di Instagram tetapi kenyataannya itu seolah-olah menyalahkan Azhan Rani kerana terlalu menjiwai watak.

Dia turut meluahkan simpati terhadap penggiat seni kerana risiko yang perlu ditanggung sendiri dan tidak mempunyai KWSP, Socso serta Perkeso.

 

Bagaimanapun, kenyataan Fizz itu dibalas semula oleh pengarah drama Anak Tuan yang dilakonkan Fasha serta Azhan iaitu Along Kamaludin.

Menerusi ruangan komen, Along menyelar Fizz yang seperti menyalahkan pelakon lain menjadi punca kepada kemalangan yang menimpa Fasha itu.

Kalau taktau cerita janganlah memandai-mandai. Nak jadi keyboard warrior, stop. Kemalangan terjadi di mana-mana.”

fizz fairuz
1 year ago

"Acting Tak Yah Beria Sangat, Bila Masing-Masing Nak Tunjuk Hebat Ini Makannya" - Fizz Fairuz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...