Taksub Dengan Kecantikan, Lelaki Maut Di Tangan ‘Doktor Hantu’

Dunia

Taksub Dengan Kecantikan, Lelaki Maut Di Tangan ‘Doktor Hantu’

Seorang lelaki yang terlalu obses untuk kelihatan seperti artis K-pop menjadi salah seorang mangsa ‘doktor hantu’ yang menjalankan pembedahan plastik di Korea Selatan.

Nilai industri pembedahan plastik di negara itu kini melonjak sehingga AS$10.6 bilion (RM43.9 bilion) dan memberi pulangan besar kepada ekonomi negara berkenaan.

Advertisement

Memetik laporan CNN, adik kepada lelaki yang dikenali Kwon Dae-hee menerima panggilan daripada sebuah hospital memaklumkan keadaan kesihatan abangnya itu.

Dae-hee dikatakan menjalani pembedahan plastik dengan ‘doktor hantu’ untuk mencantikkan rahangnya. Namun, lelaki itu disahkan meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital.

Keluarganya memaklumkan, Dae-hee menjadi mangsa ‘doktor hantu’, merujuk kepada doktor ganti yang menjalankan pembedahan selepas pesakit tidak sedarkan diri selepas dibius.

‘Doktor hantu’ adalah doktor yang kurang berpengalaman dan sesetengah kes membabitkan doktor gigi dan jururawat. Kecantikkan di Korea Selatan terus melonjak menyebabkan rakyatnya bersungguh-sungguh untuk mendapatkan wajah seperti artis pujaan mereka.

Berdasarkan undang-undang Korea Selatan, pihak yang didapati menjalankan kegiatan ini dikenakan hukuman lima tahun penjara dan denda AS$44,000 (kira-kira RM182,00).

Kwon Dae-hee

Jika khidmat ‘doktor hantu’ dijalankan doktor berlesen, pihak terbabit turut boleh dituduh atas kesalahan mendatangkan mudarat dan penipuan. Klinik ini juga tidak akan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak kegiatan mereka diketahui.

Menurut peguam, terdapat ‘doktor hantu’ yang dikenakan penalti tinggi oleh mahkamah. Kes berprofil tinggi seperti Dae-hee ini menarik kembali perhatian umum dan keluarganya kini menuntut ganti rugi serta tindakan undang-undang terhadap doktor yang terbabit.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...