Pensohor media sosial, pelawak dan pengarah filem Syahmi Sazli tampil membuat kenyataan setelah dia dan isteri menerima kecaman daripada segelintir netizen yang tidak dapat menerima hakikat mengenai betapa parahnya isu air di negeri Kelantan.
Kata Syahmi, dia reda jika perniagaannya selepas ini diboikot oleh sesetengah pihak hanya kerana meluahkan perasaan mengenai isu asas rakyat yang masih tidak diselesaikan sejak 33 tahun yang lalu.
Netizen sebelum ini ada yang memberikan kecaman dan memerli Syahmi dan isteri malah mengugut untuk memboikot bisnes air yang diusahakan usahawan itu.
Respect betul aku dekat Syahmi ni. Sanggup dia tadah air hujan & amik air dari selangor masa dia niaga air balang dia dekat kelantan dulu. Respect.
Namun begitu, ada juga yang menyokong tindakan Syahmi kerana bangkit mempertahankan haknya sebagai rakyat Kelantan apatah lagi melibatkan hal-hal asas seperti air bersih.
Berikutan itu, Syahmi menerusi satu hantaran Facebook tampil memberi penjelasan mengenai apa sebenarnya yang telah berlaku.
Kalau Mi (Syahmi) dan Nissa (isteri) diboikot sebab bersuara untuk kebaikan rakyat senegeri, takpo mi reda. Yang mana masih ada bersama Mi, moga Allah membalas kebaikan semua.
Terdahulu, isteri Syami, Anissa ada meninggalkan komen mengenai isu air di Kelantan yang tidak pernah menemui jalan penyelesaian meskipun sudah lama diperintah oleh satu parti politik.
Hantaran tersebut kemudiannya mengundang pelbagai respon daripada warga maya terutamanya pengguna Facebook.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.