“Takpe Takpe, Saya Dah Selesaikan Tanggungjawab Saya. Terima Kasih” – Jofliam

Trending

“Takpe Takpe, Saya Dah Selesaikan Tanggungjawab Saya. Terima Kasih” – Jofliam

Sedia maklum, hari ini, pasangan usahawan, Jofliam dan pempengaruh, Cik Epal telah sah bercerai talak satu dan menerima hakikat bahawa perkahwinan yang dibina tidak bertahan lama.

Berita perpisahan itu dimaklumkan sendiri oleh Cik Epal atau nama sebenarnya, Murni Mahmud di platform TikTok.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jofliam🍼 (@jofliam)

10 tahun hidup bersama. Sudah tertulis jodoh sampai di sini sahaja. Aku sah bercerai dengan Jofliam atas izin-Nya. Terima kasih untuk segalanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Sementara itu, di platform Instagram usahawan pizza popular, Jofliam pula, dia ada memuat naik satu hantaran di Instagram Story sambil meletak kapsyen seolah-olah berkaitan kes cerainya.

ig jofliam

Dalam kapsyen yang tertulis, Jofliam berkata dirinya sudah menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya dan mengucapkan kata-kata penghargaan buat pihak yang tidak ditulis olehnya.

Sekadar info, Jofliam sebelum ini didakwa bermain kayu tiga dengan staf perempuan yang bernama Dewi tetapi kedua-dua pihak menafikan hal tersebut.

cik epal jofliam cerai
3 months ago

"10 Tahun Hidup Bersama, Aku Sah Bercerai Dengan Jofliam Atas Izin-Nya" - Cik Epal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...