“Takpe Kalau Dapat Pelakon Sampingan Pun..” – Imran Aqil Akui Tak Mahu Ambil ‘Job’ Ada Adegan Bersentuhan

Hiburan

“Takpe Kalau Dapat Pelakon Sampingan Pun..” – Imran Aqil Akui Tak Mahu Ambil ‘Job’ Ada Adegan Bersentuhan

Digemparkan satu Malaysia apabila pasangan yang sangat diminati warganet akhirnya mendirikan rumah tangga di usia muda.

Personaliti media sosial, Dahlia Rizal dan suaminya, finalis Hero Remaja 2020, Imran Aqil telah sah berkahwin pada 9 September lepas. Sejak itu, Imran berkata dirinya mahu lagi menerima job lakonan yang memerlukan dirinya bersentuhan dengan pelakon wanita lain.

Advertisement

Tak kisah lah kalau dapat watak sampingan pun, daripada mencalarkan perasaan isteri. Itu keputusan saya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@ijeebster)

Tambah pelakon kacak itu lagi, yang penting adalah untuk menjaga hati isteri dan ibu walaupun tiada sebarang syarat diletakkan kepadanya oleh mereka.

Bukan itu sahaja, dia juga akui ruang rezeki dirinya dan Dahlia juga diperluas setelah bernikah. Baru-baru ini, Dahlia telah diangkat menjadi duta Wawa Cosmetics, jenama kosmetik terkenal di Malaysia.

Saya rasa disayangi bukan dikongkong. Saya tak pernah rasa dikongkong bila berpakaian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dahlia Rizal (@dshazall)

Sempat juga netizen mempersoal jika Imran pernah mengongkong cara Dahlia berpakaian. Namun, hal itu dinafikan kerana baginya itu memang menjadi tanggungjawab suami untuk menasihati.

Selain itu, kami bawakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Apa Beria Sangat Ni? Penjilat Ke?" - Warganet Menyampah Dengan Wanita 'Taksub' Nak Suami Macam Imran Aqil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...