“Takpe Jika Anak Tak Dapat A Dalam Pelajaran, Bersyukurlah Ada A Dalam Kehidupan”

Trending

“Takpe Jika Anak Tak Dapat A Dalam Pelajaran, Bersyukurlah Ada A Dalam Kehidupan”

Akhir-akhir ini, saya lihat anak perempuan sulung sangat ‘down’. Dengan prestasi pelajarannya yang merosot, akhlak yang membuatkan dirinya tercorot, hidup yang sangat serabut.

Advertisement

Suatu hari saya duduk di sebelahnya. Saya sebut namanya, saya baringkan dia di riba saya. Perlahan-lahan saya usap rambutnya, cium dahinya. Saya tahu, sudah lama saya tak buat begitu sejak ada dua orang adiknya.

Dia selalu kena marah, selalu kena buatkan susu atau siapkan adiknya selepas mandi, selalu kena tinggal dan terlalu banyak yang saya abaikan.

Anak sulung, namanya Alifatun Nadirah. Panggilan nama manja, Ifa. Pelajar terbaik dalam Dunia Muzik dan Ketua Pengawas Tahun 3. Suka merajuk, suka apa yang ayahnya suka.

Dalam ribaan saya, dia meminta maaf sebab telah banyak menyakitkan hati saya dan ibu. Dia menangis teresak-esak.

Dia kata dia mahu menjadi pandai tetapi dia kadang-kadang tidak faham soalan. Kadang-kadang dia penat dan dia nyatakan betapa dia rindukan saya yang lebih banyak dengan ibu dan adik-adik berbanding dirinya.

Saya mendengar luahannya itu dengan hati yang terbuka. Saya meminta maaf di atas segala-gala yang telah saya lakukan.

Saya berjanji akan berusaha menjadi lelaki yang baik pada dirinya. Lelaki itu adalah Ayah yang baik, kawan yang setia, teman yang selalu ada.

“Dah besar rupanya anak aku,” kataku dalam hati.

Hari ini dan selepas ini, dia mula bangun menjadi seorang anak yang baik. Cuba memikul berkilo berat begnya ke sekolah, mengorbankan waktu pelajarnya demi menjaga keselamatan pelajar yang lain, menyayangi adik-adiknya, menghormati ibu dan ayahnya serta menolak cinta dari lelaki buaya yang hanya tahu bermain Pokemon Go.

Tugas kita adalah menyediakan anak yang baik, anak yang mudah dididik. Jadikan sunnah meminta pendapat anak dan mendengar hatinya.

Keluarga kita adalah tafsiran dan teguran dari Tuhan.

Ambillah, semoga itu membentu kita menjadi seorang insan. Sekalipun kita tidak ada anak yang mendapat A dalam mata pelajarannya, bersyukurlah dia ada A dalam kehidupan.

Kredit : Abu Hurairah Asifa | PIXEL MEDIA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...