Taknak Wanita Hidup Bergantung Pada Pasangan, Ifa Raziah Beri Peringatan – “Jadilah Wanita Berduit, Wanita Cantik Dah Banyak!”.

Hiburan

Taknak Wanita Hidup Bergantung Pada Pasangan, Ifa Raziah Beri Peringatan – “Jadilah Wanita Berduit, Wanita Cantik Dah Banyak!”.

Siapa tak kenal, pelakon sekaligus penyanyi tersohor, Ifa Raziah yang baru-baru ini telah berkongsi pendapat bahawa wanita harusnya berpendirian teguh dan belajar untuk berdikari tanpa perlu bergantung kepada lelaki atau orang lain.

Memandangkan kebelakangan ini sering mendengar isu curang antara pasangan dan perbalahan rumah tangga, Ifa menyeru wanita di luar sana perlu menitikberatkan kerjaya masing-masing dan bukan menjaga imej cantik semata-mata.

Advertisement

Jadilah wanita berduit kerana wanita cantik dah banyak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ifa Raziah (@ifa_raziah)

Bukan itu sahaja, Ifa yang juga merupakan Pengarah Urusan dan Pengasas jenama StarVendors, bersangka dengan karekter yang tegas dan berdisiplin ini lah yang membantu dirinya untuk mendirikan syarikat tersebut dengan berjaya.

Dia juga berharap agar usaha kerasnya sekarang dapat diteruskan oleh anak-anaknya di masa akan datang.

Harapan saya agar suatu hari nanti semua kerja keras ini dapat meninggalkan legasi kepada anak-anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ifa Raziah (@ifa_raziah)

Namun demikian, walapun sudah jarang tampil berlakon di layar kaca TV, pelakon berumur 45 tahun ini akui masih mendapat tawaran dan berancang untuk tetap aktif dalam bidang seni ini selagi berdaya.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: Hidup Ni Dik Perlu Lawak, Bukannya Ada Ramas-Ramas Punggung Isu Menari Gelek Dengan Ifa Raziah, Ini Jawab Aliff Syukri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Nona

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...