Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Taknak ‘Show Off’ Pun..” – Fiza Halim Muat Naik Foto Anak, Netizen Minta Jangan Kongsi

Fiza Halim dan anak-anaknya

Baru-baru ini, perkongsian gambar di Instagram pelakon, Fiza Halim bersama dua anak gadisnya iaitu Feera Aryanna dan Feeya Adyrra telah menarik perhatian orang ramai dengan kecantikan mereka.

Advertisement

Menurut Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim, dia tidak menyangka foto terbabit akan tular kerana dia hanya berkongsikan rasa rindu terhadap anak-anaknya sahaja setelah sekian lama tak bertemu.

Dalam pada itu, pelakon tersebut berkata bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk-nunjuk seperti mana mesej beberapa netizen yang kurang senang dengan perkongsian itu.

Advertisement

Tapi tiada niat pun nak show off anak. Sekadar berkongsi saja.. tapi tak sangka la boleh dapat perhatian ramai. Sampaikan ada netizen DM minta jangan kongsi.

Terdahulu, foto dua orang anak perempuan bekas kumpulan Elite itu menerima pujian dari netizen di Instagram dan terpukau dengan kecantikan serta ada juga yang menawarkan diri untuk menjadi menantu aktres tersebut.

Sekadar info, Fiza mendirikan rumah tangga bersama Ahmed Farriq Zainul Abiddin dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana, 13 serta Feeya Adyrra, 12, namun bercerai pada 4 November 2010.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    September 9, 2021 at 2:06 pm

    fiza ni memang cantik asli dari dulu lagi dia dgn 1st husband memang padan tu lah sayangnya jodoh pendek

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top