Hantaran dikongsikan oleh pelakon Abby Abadi di Instagram mencuri perhatian dan menyentuh hati ramai warganet.
Menerusi Instagram, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan meluahkan perasaan tentang bagaimana seorang ibu berusaha sehabis baik dalam segala macam hal.
Tak perlu berusaha menjadi mama yang sempurna tapi berusahalah menjadi mama yang bahagia. Kerana kita harus waras untuk menguruskan rumah tangga, sumai, anak-anak dan hal-hal lainnya.
View this post on Instagram
Ramai yang berbicara soal anak perempuannya, Marissa Dania dan tentang perkhabaran bayinya dilahirkan pra matang tidak diketahui oleh Abby.
Rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap Abby kerana diuji dengan bermacam hal membabitkan anak dan keluarganya.
Sementara itu, Marissa dilihat turut meninggalkan komen di hantaran tersebut dan berharap agar mesejnya dibalas oleh Abby di aplikasi Whatsapp.
“Taknak reply Whatsapp saya ke mama?,” tulis Marissa
Terdahulu, Abby memaklumkan dia tidak tahu menahu tentang bayi Marissa dilahirkan pra matang namun Aslam kemudian mengesahkan bayi itu meninggal dunia selepas dilahirkan pada usia kandungan enam bulan.