“Taknak Pisang Berbuah Dua Kali” – Puteri Sarah Nafi Ada Pasangan Baru, Rasa Terlalu Awal Untuk Cari Yang Lain

Hiburan

“Taknak Pisang Berbuah Dua Kali” – Puteri Sarah Nafi Ada Pasangan Baru, Rasa Terlalu Awal Untuk Cari Yang Lain

Baru-baru ini, timbul gosip dan spekulasi dalam kalangan netizen pelakon Indonesia, Andi dilihat hadir ke teater lakonan Puteri Sarah di Istana Budaya Jumaat lalu. Sebelum ini, hubungan antara mereka sudah mula dipersoal oleh peminat.

Andi Arsyil pelakon terkenal yang berasal dari negara jiran, Indonesia tersebut sering dianggap mempunyai hubungan bersama aktres jelita itu sejak sering kelihatan bersama. Namun, Puteri Sarah menafikannya kerana masih terlalu awal untuk mengukur sejauh mana hubungan mereka berdua.

Advertisement

Masih terlalu awal saya nak cakap dan saya pun takut juga. Taknak pisang berbuah dua kali.

Menurut Sarah, kehadiran Andi itu hanyalah untuk memberikan sokongan dan dia juga  tidak berseorangan di Kuala Lumpur kerana ditemani oleh beberapa rakan.

Bukan itu sahaja, pelakon Andai Itu Takdirnya itu berkata bahawa selain dari berkawan, Andi juga merupakan seorang rakan bisnes dan mereka masih dalam perancangan ingin membuka kilang di Malaysia bersama. Jadi, wajarlah jika mereka sering tampil bersama.

Kita tengok lah macam mana dulu. Kami memang saling menyokong. Kalau ada apa-apa, saya pasti sokong dia juga.

Walaupun warganet ramai yang gembira dan restu jika betul mereka bersama, Sarah masih tetap dengan pendiriannya bahawa mereka adalah kawan dan rakan perniagaan setakat ini.

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Puteri Sarah
1 year ago

Sering Diganggu Akaun 'Fake' Nama Mastura, Nasib Baik Peminat Puteri Sarah Siasat Sampai Jumpa Alamat IP...

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...