“Taknak Makan Minum” – Trauma Gagal Selamatkan, Keluarga Dedah Suami Mengigau Panggil Isteri

Kehidupan

“Taknak Makan Minum” – Trauma Gagal Selamatkan, Keluarga Dedah Suami Mengigau Panggil Isteri

Sebelum ini, tular mengenai sebuah video memaparkan seorang lelaki yang hanya mampu meraung melihat isterinya terperangkap di dalam kereta yang sedang terbakar dimamah api marak.

Walaupun terselamat dalam nahas yang berlaku di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), namun hati lelaki yang dikenali sebagai Redzuan Ismail masih tidak tenteram mengenangkan Allahyarhamah isterinya, Nurul Nazihah.

Advertisement

Menurut sebuah hantaran di laman Facebook, sepupu kepada Redzuan iaitu Nurul Izzah memaklumkan suami Allahyarhamah masih trauma kerana gagal menyelamatkan isterinya.

Dia masih trauma, tak nak makan & minum… mengigau panggil nama isteri berkali-kali masa tidur malam tadi.

@izzahatikah34567

Kau kuat , kau kena kuat

? Sekali Seumur Hidup – Lesti

Apa yang lebih menyayat hati, Redzuan masih terkejut dengan insiden yang berlaku sehingga enggan makan dan minum serta mengigau memanggil nama isterinya berkali-kali ketika tertidur akibat keletihan.

Bini aku tak ada, dompet aku tak ada, handpone aku tak ada, fail client semua terbakar dalam kereta.

Bukan itu sahaja, ibu kepada Redzuan turut meminta sepupunya itu untuk menyimpan video terakhir Allahyarhamah yang sempat dimuat naik beberapa jam sebelum terlibat dalam nahas.

Mak suami minta save video ni untuk kenangan anak dia.. takut video ni hilang.

Info tambahan, kemalangan berpunca dari sebuah lori 5 tan yang dipandu laju dan merempuh empat buah kenderaan dari arah belakang pada jam 7.47 malam.

Difahamkan, kemalangan tersebut membabitkan enam mangsa iaitu dua maut rentung di lokasi kejadian, manakala empat lagi terselamat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Awak Keluar Dulu" - Isteri Sempat Minta Suami Selamatkan Diri Sebelum Rentung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...