Menerusi entri di Instagram hari ini, Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia telah mengeluarkan notis saman kepada seorang individu kerana membuat spekulasi tentang apa yang berlaku ketika ini.
Menurut Sarah, dia mahu perkara ini menjadi pengajaran kepada orang lain untuk tidak membuat spekulasi hanya berdasarkan apa yang dilihat tanpa bukti yang kukuh.
Jangan buat fitnah pasal saya dan saya harap sila jaga kata-kata dan jaga keluarga sendiri.”
Berdasarkan ‘screenshot’ dimuat naik oleh Sarah, dia dituduh oleh individu terbabit sengaja membuat provokasi kepada netizen supaya membenci orang ketiga yang mengganggu rumah tangganya bersama Syamsul Yusof.
Kata individu itu lagi, Sarah juga tidak mahu melepaskan Syamsul kerana suaminya itu seorang yang kaya raya dan hanya menyalahkan orang ketiga meskipun lelaki itu juga ‘menyondol’.
Takkan lepaskan sebab suami dia masyuk. So, apa-apa penyondol la dipersalahkan walaupun dia tahu suami dia yang menyondol.”
Menjengah ruangan komen, ramai netizen dilihat memberikan sokongan terhadap Sarah dan bersetuju dia bertindak sedemikian supaya maruahnya tidak dipijak-pijak.
BACA: “Saman Tetap Saman!” – Puteri Sarah Tak Rasa Pelik Kalau Syamsul Yusof Bayarkan Saman Ira Kazar