“Taknak Anak-Anak Berterabur Tak Tentu Hala..” – Harap Fikir Panjang, Norlia Ghani Mahu Rumah Tangga Rusdi Diselamatkan

Hiburan

“Taknak Anak-Anak Berterabur Tak Tentu Hala..” – Harap Fikir Panjang, Norlia Ghani Mahu Rumah Tangga Rusdi Diselamatkan

Pelakon veteran terkenal, Norlia Ghani menyatakan harapannya agar rumah tangga anaknya, pelakon Rusdi Ramli dapat diselamatkan dan persengketaan antara anak dan menantunya dapat diselesaikan dengan baik.

Harap anak berfikir panjang

Kata Norlia, dia meminta agar mereka berdua berfikir secara panjang sebelum menentukan sesuatu keputusan berkaitan dengan hubungan mereka. Menurut ibu tunggal ini, dia mahu mereka cuba sebaik boleh untuk menyelamatkan rumah tangga tersebut.

Advertisement

Kalau boleh tidak mahulah mereka berpisah. Rusdi sudah pernah lalui (perceraian) dan ini adalah perkahwinan keduanya. Mama tidak mahu nanti anak-anak bertabur tidak tentu hala.

 

Sekarang pendapatan semua orang bermasalah bukan mereka sahaja, orang lain pun tengah teruk juga. Kalau boleh cubalah selamatkan perkahwinan, kalau tidak terimalah jodoh sudah habis.

rusdi

Enggan membuka cerita

Namun demikian, menurut Kosmo, aktres ini enggan mengulas lanjut berkenaan isu rumah tangga Rusdi sebagai tanda hormat kepada pasangan itu. Katanya, dia tidak mahu menafikan atau mengiyakan sebarang kenyataan.

Mama seorang ibu yang memberi kebebasan kepada anak-anak bagaimana mereka mahu mencorakkan rumah tangga.

 

Jadi, Mama tidak akan tanya apa yang berlaku dan apa keputusannya. Buat masa ini mahu mengiyakan atau menidakkan, Mama tidak berani nak cakap.

 

Jika Rusdi sudah bersedia untuk bercerita tak apa. Tetapi buat masa sekarang memang dia tidak cerita tentang masalah rumah tangganya kepada Mama.

rusdi

Sebelum ini, isteri kepada Rusdi mendedahkan bahawa rumah tangganya dengan pelakon itu sudah retak sejak beberapa tahun lalu dan percaya penceraian adalah penyelesaian yang terbaik.

Mereka berdua telah sah mendirikan rumah tangga pada 2008 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

norlia ghani
1 year ago

"Sharon Pernah Mengadu Rusdi Dah Lama Tiada 'Job'.." - Norlia Ghani Terkejut Rumah Tangga Anak Goyah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...