“Takmau Cakap Apa, Satgi Kena Maki” – Warung ‘Viral’ Di Perlis Guna Mangkuk Berlumut, Hidang Untuk Pelanggan

Kehidupan

“Takmau Cakap Apa, Satgi Kena Maki” – Warung ‘Viral’ Di Perlis Guna Mangkuk Berlumut, Hidang Untuk Pelanggan

Sebelum ini tular di laman media sosial mengenai pemilik sebuah premis kedai makan di Perlis mengamuk selepas ditegur oleh pelanggan wanita yang memintanya untuk lebih beradab dengan pelanggan.

Susulan itu, netizen tidak melepaskan peluang untuk membuat penyelidikan mengenai kedai makan tersebut dan mereka mendapati, kedai makan itu sering menerima komen negatif daripada bekas pelanggan, sebelum ini.

Advertisement

Terbaru, seorang pengguna TikTok memuat naik video dengan memaparkan mangkuk ‘berlumut’ yang digunakan oleh kedai makan itu untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Difahamkan, individu terbabit langsung tidak menjamah makanan yang sudah dihidangkan itu kerana bimbang tentang kebersihannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menggesa pemilik video itu membuat aduan kepada pihak berkuasa demi elakkan pelanggan terkena keracunan makanan.

komen

komen

Untuk makluman, video berkenaan turut mendapat perhatian Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis yang meminta pemilik video itu membuat aduan rasmi kepada pihak mereka.

pekerja kedai
1 year ago

Pekerja Warung Mengamuk Kena Tegur, Campak Duit Dekat Pelanggan - "Hang Cakap Tak Elok, Muka Hang Jahan*m"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...