Selepas membuat teguran secara terbuka kepada anaknya, Kasih Iris Leona di media sosial, ramai yang meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan pelakon, Azhar Sulaiman.
Tampil memberi penjelasan, Azhar berkata teguran yang diberi kepada Leona bukanlah sengaja dibuat secara terbuka.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 51 tahun itu menganggap perkara tersebut sebagai tidak serius dan hanya sekadar isu ringan untuk netizen.
Malah, Azhar mengakui dia sememangnya gemar untuk memberi komen mengenai pelbagai topik, isu semasa, politik, dan hal-hal industri.
Saya main media sosial, Leona main media sosial. Macam-macam topik, jadi Leona antara topik yang muncul.
Dalam pada itu, pelakon Projek High Council itu mengakui sebagai bapa dia juga ada menegur perbuatan anaknya di rumah.
Kalau ada yang saya nak marah atau tegur, akan ada dua. Satu kita tegur di rumah, dan yang saya share di media sosial.
View this post on Instagram
Takkanlah saya nak marah Leona jerit semua macam mana kita marah kat rumah, mestilah di media sosial tak serius dan ringan.. for public consumption.
Jelas Azhar lagi, media sosial adalah platform yang baik untuk memberi manfaat kepada orang ramai termasuk anak perempuannya.
Apa yang saya kongsi saya tegur diri saya dan keluarga saya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.