“Takkan Yang Diusahakan Ni, Yang Kedua Tak Merasa..” – Syarikat Milik Aisyah Sepenuhnya, Alif Teega Tak Lupa Isteri Kedua

Hiburan

“Takkan Yang Diusahakan Ni, Yang Kedua Tak Merasa..” – Syarikat Milik Aisyah Sepenuhnya, Alif Teega Tak Lupa Isteri Kedua

Pempengaruh media sosial dan usahawan sensasi Aisyah Hijanah melepaskan rasa lega setelah isu harta sepencarian yang dibicarakan di mahkamah telah pun selesai hari ini.

Syarikat jadi miliknya

Menurut Aisyah ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pagi tadi, syarikat Hijanah yang sebelum ini diusahakan bersama suaminya, Alif Teega kini telah rasmi menjadi miliknya.

Advertisement

Syarikat Hijanah ini kita uruskan bersama tapi Alhamdulillah Alif pun dah serahkan sepenuhnya atas nama Aisyah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

Aisyah layak terima

Pada masa yang sama, Alif Teega yang turut serta hadir telah mengatakan bahawa pemberian syarikat berkenaan kepada isteri pertamanya itu bukanlah atas alasan yang negatif.

Sebaliknya, Aisyah merupakan orang yang berhak menerima syarikat tersebut sepenuhnya.

Apa yang kita buat hari ini bukan menunjukkan isteri tamak, nak bolot semua.

 

Selayaknya Aisyah dapat sepenuhnya harta ini. Benda ni sepatutnya dibuat sebelum poligami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

Bukan itu sahaja, Aliff juga tak lupa dengan kehadiran isteri keduanya itu. Ketika ditanya berkenaan apa yang bakal diberi kepada pasangan keduanya itu, Alif berkata bahawa Fatin akan mendapat bahagiannya sendiri di masa akan datang.

Takkan yang diusahakan ini, yang kedua tak merasa. Biarlah Aisyah uruskan. Dia (Fatin) ada rezeki dia, ada bahagian dia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

noh essam
11 months ago

"Saya Jawab Relax Kan? Takda Rapping-Rapping Kan?" - Noh Salleh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...