Seperti yang kita ketahui, Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dari segi kemudahan teknologi dan pengangkutan. Ianya terbukti dengan banyak kisah-kisah viral berkenaan isu terbabit sebelum ini.
Sama juga seperti situasi yang mendapat perhatian warganet baru-baru ini di mana ramai pelajar sekolah rendah dilihat menaiki bot untuk ke sekolah.
Situasi terbabit menimbulkan pelbagai respon daripada warganet selepas kesemua pelajar terbabit berhimpit antara satu sama lain dan tidak memakai ‘life jacket’.
Menerusi perkongsian di Twitter, pelajar itu dikatakan berasal dari Kg Pituru dan Timbang Taun dan sedang menuju ke SK Mangkapon.
Lebih mengejutkan, individu tersebut turut mendedahkan mereka terpaksa mengambil pendekatan viral kerana sudah lebih satu tahun tiada tindakan diambil pihak bertanggungjawab.
Kepada pihak yang berwajib,mereka tiada pilihan lain terpaksa kasi viral kes ini kerana Sudah lebih setahun namun tiada tindakan..”
There’s no lifejacket, boats filled to the max. We can’t keep having to viral things only then action will be taken.
These kids deserve better. https://t.co/JZNr2Cmalr
— Nazira (@ieralee) January 17, 2022
Berdasarkan komen-komen di Twitter itu, ramai netizen memberikan pelbagai respon amsing-masing di mana rata-ratanya berasa marah kerana pihak yang sepatutnya bertanggungjawab tidak melakukan apa-apa.
Malah, ada yang turut memohon perhatian dan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyumbangkan bot yang lebih besar berserta jaket keselamatan.
Ada juga yang turut mendedahkan nama-nama wakil rakyat di tempat tersebut dan segelintir pula meluahkan rasa sedih melihat nasib malang semua pelajar di sana selain mempertikaikan perbelajaan peruntukan di negeri berkenaan.