“Takkan Timbul Isu Menyekat Rezeki..” – Pempengaruh & ‘Founder’ Jenama Tudung Tampil Mohon Maaf, Perjelas Isu ‘Copyright’ Tudung ‘L’

Hiburan

“Takkan Timbul Isu Menyekat Rezeki..” – Pempengaruh & ‘Founder’ Jenama Tudung Tampil Mohon Maaf, Perjelas Isu ‘Copyright’ Tudung ‘L’

Terkini pengasas kepada jenama tudung dan pempengaruh Qistina Adi telah tampil di media sosial memberi permohonan maaf serta penjelasan tentang isu kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini tentang copyright tudung berbentuk ‘L’ yang sempat tular.

Memohon maaf pada orang ramai

Berdasarkan video yang dikongsikan di TikTok, Qistina telah memohon maaf kepada orang ramai atas kenyataan yang dikeluarkan tempoh hari berkenaan isu tersebut. Pengasas jenama Qisthenadi ini turut mengakui kesilapannya atas penjelasan tentang isu hak cipta yang kurang tepat.

Advertisement

Saya dengan rendah diri ingin mohon maaf atas kenyataan saya tempoh hari yang telah mengelirukan dan menimbulkan kemarahan pelbagai pihak di luar sana dengan perkataan yang tidak wajar diungkapkan dalam video tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Qisthena (@qstnaadi)

Hanya copyright corak

Pada masa yang sama, pempengaruh ini turut menjelaskan bahawa copyright yang dimaksudkan tempoh hari hanyalah termaktub pada corak ataupun artwork pada squareshawl keluaran jenamanya sahaja dan bukan pada keseluruhan pengeluaran tudung berbentuk ‘L’.

Tambahan pula, Qistina turut menegaskan dia tidak bermaksud untuk menutup mana-mana rezeki peniaga tudung di luar sana dan berharap kenyataan yang dikongsikan itu dapat memberi penjelasan kepada orang ramai.

Copyright yang dimaksudkan dalam video tempoh hari adalah copyright artwork pada measurement squareshawl keluaran Qisthenadi dan bukan pada kesemua jenis pengeluaran tudung berbentuk ‘L’.

 

Jadi di sini, tidak akan timbul isu menyekat rezeki sesiapa. Sesiapa boleh menjual bawalshawl mengikut ukuran sendiri.

 

Saya selaku founder, saya akan terus berusaha meningkatkan mutu dan jenama Qisthenadi. Segala kecaman terhadap saya oleh mereka di luar sana, saya maafkan. Berpunca juga dari kesalahan saya sendiri.

@qstnaadi #CapCut ♬ original sound – Qisthena

Terdahulu, Qistina sempat tular di media sosial apabila dirinya tampil menyatakan dia telah copyright tudung bawal berbentuk ‘L’ dan mencetus kemarahan netizen kerana menganggap dirinya menutup rezeki pihak lain untuk berniaga.

misya
2 months ago

"Ini Baru Betul, Ambil Yang Teraniaya.." - Wawa Zainal Pilih Misya Mazlan Sebagai Duta Tudung, Raih Pujian Daripada Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...