Umum mengetahui aktres jelita, Farah Nabilah baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang, Mohammed Amirul Yunus. Ketika ini, pastinya ia saat paling membahagiakan buat mereka berdua.
Namun, timbul pula cerita yang kurang enak didengar apabila timbul dakwaan mengatakan Amirul mencederakan seorang pramugari dan buat tidak endah terhadap insiden yang berlaku.
Baru-baru ini, seorang pramugari yang dikenali sebagai Bie Ismail meluahkan rasa terkilan dengan sikap Amirul yang hanya berdiam diri tanpa bertanya khabar, selepas secara tidak sengaja menutup pintu van yang dinaiki mereka ketika berada di Kuantan untuk menaiki penerbangan seterusnya pada 13 November lalu.
Ekoran kejadian itu, Bie tidak dapat bekerja selama dua bulan kerana urat jarinya dan kukunya rosak.
Bukan mahu tagih simpati atau raih publisiti
Luahan Bie menjadi viral di media sosial sehingga timbul pelbagai spekulasi. Bagaimanapun, wanita itu menjelaskan dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk menagih simpati mahupun meraih publisiti. Malah, dia tidak tahu Amirul adalah suami kepada Farah.
Sejujurnya, saya memang tak ada niat langsung nak cari perhatian atau nak raih simpati mana-man pihak sebab saya sudah berkongsi perkara itu sejak bulan lalu lagi. Tapi tak sangka tiba-tiba sekarang boleh jadi tular pula. Sebab ketika kejadian itu berlaku, saya tak tahu pun Amirul berkahwin dengan seorang selebriti.
Saya hanya meluahkan perasaan sahaja di IG sebab terkilan dengan dia yang tak ada bertanya khabar mengenai keadaan saya selepas kejadian itu.
Advertisement
Pada masa yang sama, Bie menafikan dia ingin mengambil kesempatan terhadap Amirul dan menuntut ganti rugi. Namun, dia mahu lelaki itu fikir mengenai apa yang terjadi kepada dirinya.
Kredit Foto : Intrend Malaysia & Autumn Story

Jemah tersepit
January 3, 2020 at 8:24 pm
Kalau aku mmg aku claim socso la ape lg tu gunanya socso utk pekerja…utk yg x sengaja tersepitkan jari tu kena la mintak maaf dengan ikhlas even xbayar duit klinik ape semua..sekurang2nya ade lagi manusia yg boleh nak mengaku salah sendiri xperlu org nak tegur kaann.. tapi pompan ney utaakk mcm terlupa nak bawak sekali pegi keje kan..bukan back up suami farah tu tp kalau guna sikit utaakk tu mungkin xperlu nak kena viral2 kn org..haprak betol perangai ?
Jemah tersepit
January 3, 2020 at 8:23 pm
Kalau aku mmg aku claim socso la ape lg tu gunanya socso utk pekerja…utk yg x sengaja tersepitkan jari tu kena la mintak maaf dengan ikhlas even xbayar duit klinik ape semua..sekurang2nya ade lagi manusia yg boleh nak mengaku salah sendiri xperlu org nak tegur kaann.. tapi pompan ney utaakk mcm terlupa nak bawak sekali pegi keje kan..bukan back up suami farah tu tp kalau guna sikit utaakk tu mungkin xperlu nak kena viral2 kn org..haprak betol perangai ?
khairiz
December 31, 2019 at 10:50 am
nk tackle pilot tp xdpt pastu meroyan kt ig k ape??gaji beribu stakat mc sbln pe ada hal..x msok ICU pun..org tu kawen dgn artis tetibe timbul isu..
shhhhh_
December 31, 2019 at 10:41 am
tak tau nak gelak ke apa..HAHHAHA..takkan la gaji beibu tade simpnan sampai nak kene makan pasir..lagi satu boleh kot claim socso, insurance..macam pelik2 je nak suruh amirul tu tanggung dia..alahaiii
anonymous
December 31, 2019 at 8:40 am
setuju.
bole settle cara lain kan drp nak kecoh dalam social media