Takkan Tak Boleh Derma Sikit, Buat Member Aku Cacat – Suami Farah Nabilah Didakwa Cederakan Pramugari?

Hiburan

Takkan Tak Boleh Derma Sikit, Buat Member Aku Cacat – Suami Farah Nabilah Didakwa Cederakan Pramugari?

Umum mengetahui aktres jelita, Farah Nabilah baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang, Mohammed Amirul Yunus. Ketika ini, pastinya ia saat paling membahagiakan buat mereka berdua.

suami farah nabilah cederakan pramugari

Advertisement

Namun, timbul pula cerita yang kurang enak didengar apabila timbul dakwaan mengatakan Amirul mencederakan seorang pramugari dan buat tidak endah terhadap insiden yang berlaku.

suami farah nabilah

Baru-baru ini, seorang pramugari yang dikenali sebagai Bie Ismail meluahkan rasa terkilan dengan sikap Amirul yang hanya berdiam diri tanpa bertanya khabar, selepas secara tidak sengaja menutup pintu van yang dinaiki mereka ketika berada di Kuantan untuk menaiki penerbangan seterusnya pada 13 November lalu.

Ekoran kejadian itu, Bie tidak dapat bekerja selama dua bulan kerana urat jarinya dan kukunya rosak.

Bukan mahu tagih simpati atau raih publisiti

suami farah nabilah cederakan pramugari

Luahan Bie menjadi viral di media sosial sehingga timbul pelbagai spekulasi. Bagaimanapun, wanita itu menjelaskan dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk menagih simpati mahupun meraih publisiti. Malah, dia tidak tahu Amirul adalah suami kepada Farah.

Sejujurnya, saya memang tak ada niat langsung nak cari perhatian atau nak raih simpati mana-man pihak sebab saya sudah berkongsi perkara itu sejak bulan lalu lagi. Tapi tak sangka tiba-tiba sekarang boleh jadi tular pula. Sebab ketika kejadian itu berlaku, saya tak tahu pun Amirul berkahwin dengan seorang selebriti.

suami farah nabilah cederakan pramugari

Saya hanya meluahkan perasaan sahaja di IG sebab terkilan dengan dia yang tak ada bertanya khabar mengenai keadaan saya selepas kejadian itu.

Pada masa yang sama, Bie menafikan dia ingin mengambil kesempatan terhadap Amirul dan menuntut ganti rugi. Namun, dia mahu lelaki itu fikir mengenai apa yang terjadi kepada dirinya.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Intrend Malaysia & Autumn Story

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...