“Takkan Silap Sikit Nak Buang Dia Kerja” – Bapa Minta Menteri & Netizen ‘Stop’ Kecam Jurulatih

Berita

“Takkan Silap Sikit Nak Buang Dia Kerja” – Bapa Minta Menteri & Netizen ‘Stop’ Kecam Jurulatih

Beberapa hari yang lalu, tular satu video di platform media sosial memaparkan seorang jurulatih Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 tahun menampar pelajarnya dan sememangnya video terbabit mendatangkan kemarahan ramai.

Biarpun ia mendapat reaksi negatif daripada kalangan netizen, keluarga pelajar terbabit meminta orang ramai untuk menghentikan kecaman ataupun sebarang bentuk tindakan terhadap jurulatih itu.

Advertisement

Menurut bapa pelajar itu, perkara tersebut telah pun diselesaikan dan tidak perlu diperbesarkan oleh mana-mana pihak kerana dia yakin jurulatih tersebut hanya mahukan yang terbaik buat pasukannya.

Melalui temubual itu juga, bapanya tidak mengambil serius mengenai tamparan tersebut kerana anaknya memaklumkan tiada sebarang kecederaan serta tidak meninggalkan kesan emosi.

Ini mungkin kali pertama dia buat, takkan silap sikit nak berhenti, buang dia kerja, maksud saya anak saya tak ada apa-apa.

Tambahannya lagi, dia sememangnya terkejut apabila kes terbabit menjadi tular hingga dapat reaksi kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan (KP).

Bahkan, tidak bersetuju apabila Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) mengambil tindakan drastik dengan menggantung jurulatih tersebut daripada terlibat dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan.

Sekadar info, kes pelajar ditampar jurulatih ini telah mendapat perhatian beberapa pihak atasan seperti Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta mantannya, Datuk Seri Faizal Azumu.

pesara TLDM tampar kepala
2 years ago

"Tak Respek Senior.." - Kepala Lelaki Ini Ditampar Pesara TLDM Hanya Kerana Salam Tak Pandang Muka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...