September 30th, 2019

Lawak tentang bentuk fizikal seseorang ataupun ‘body shaming’ termasuk sebagai salah satu kategori buli. Kini, ramai rakyat Malaysia sudah peka dengan isu tersebut dan tidak mahu lagi melihat lawak sebegitu dipertontonkan khususnya di kaca televisyen.

lawak body shaming

Walaubagaimanapun, menurut pelakon dan pelawak iaitu Nabil Ahmad, lawak ‘body shaming’ sebenarnya mampu menaikkan lagi rating rancangan dan tidak membuatkan penonton bosan.

Menurut Nabil, ketika awal kemunculannya dalam dunia hiburan, guraun tentang fizikal seseorang tidak menjadi isu besar.

nabil ahmad body shaming

Pada zaman awal kemunculan saya dalam industri hiburan dahulu, gurauan body shaming dalam program TV tidaklah dikritik sehebat sekarang. Bagi saya, isu seperti ini mampu menaikkan rating tontonan sesebuah program, kalau semua yang dituturkan itu terlalu biasa, penonton pun akan berasa bosan.

Kami sesama artis pun faham antara satu sama lain, tak akan lah sesama artis pun dah tak boleh gurau?

nabil ahmad

Saya sendiri pernah diejek kurus dan telinga capang, saya terima dengan positif, penonton ketika itu pun tidaklah terlalu mengkritik gurauan berbentuk body shaming.

Setiap orang berbeza pendapat, mungkin kalau kena pada diri Nabil dia okay sahaja tetapi kalau kena dekat orang lain, tidak semestinya mereka boleh menerima lawak ‘body shaming’ dengan baik. Meskipun berniat sekadar gurauan, ia sebenarnya mampu mendatangkan kesan yang buruk kepada orang lain seperti kurang keyakinan diri, stress atau lebih parah depresi.

Sumber Berita : Astro Gempak


16 responses to “Takkan Sesama Artis Tidak Boleh Bergurau? – Nabil Ahmad Komen Isu Lawak ‘Body Shaming’”

  1. Eliza says:

    Biarla die… Hidup die… Die yg tanggung…

Loading...