Selepas mengumumkan perkahwinan bersama jejaka Sweden baru-baru ini, pelakon Sharifah Sakinah dituduh menukar agama kerana tidak menunjukkan sebarang bukti telah bernikah.
Tuduhan yang melampaui batas terbabit telah dihantarkan kepadanya menerusi satu mesej peribadi ke akaun Instagram miliknya dengan mengatakan “Tahniah Kinah masuk Kristian”.
Untuk menjawab tuduhan tersebut, Kinah ada memuat naik sebuah hantaran tapi sudah dipadam, memberitahu keputusannya untuk tidak menghebohkan tentang perkahwinannya ini kerana ingin menjaga hati keluarga mentuannya.
Menerusi hantaran terbabit, pelakon tersebut memuat naik paparan tangkap layar mesej yang diterima berserta bukti kad perakuan bahawa suaminya, Michael Hansen sudah pun memeluk agama Islam.
Difahamkan melalui artikel Gempak, ramai yang meminta agar Sakinah kuat hadapi ujian ini, namun ada juga netizen yang tetap menyalahkan wanita itu kerana tidak menunjukkan bukti terlebih dahulu.
Sekadar info, sebelum ini pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini mengumumkan bahawa dia bersama Michael sudah mendirikan rumah tangga.