Perang antara pengacara terkenal, Azwan Ali bersama seorang pelakon wanita nampaknya belum mencapai titik noktah apabila dia dilaporkan nekad untuk mengambil tindakan undang-undang selepas didakwa difitnah.
Ujar Azwan,55, pelakon wanita itu telah berkongsi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya yang mendakwa dia ada menerima rasuah.
Jelas adik kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali ini, dia sedang dalam proses untuk menghantar notis tuntutan yang disediakan oleh peguamnya, Ammanjeet Singh.
Saya memang takkan sebut nama dia sebab dah benci sebenci-bencinya. Jumlah pampasan yang dituntut ialah RM5 juta berdasarkan followers dia lima juta orang. Saya pun baru discuss dengan peguam yang telah screen shot perbualan artis termasuk puak-puak artis yang sokong dia. Semua akan dikenal pasti dan akan diheret ke mahkamah.
Terdahulu, Azwan Ali ada berkongsi foto selebriti wanita itu dengan hantaran kapsyen yang keterlaluan.
Perkara tersebut turut mendapat perhatian suami kepada aktres tersebut namun diberi amaran oleh Azwan tentang saman yang akan dikemukakan gara-gara respon yang diberikan isterinya itu.
“Kepada artis itu, tunggulah surat saman coming soon RM5 juta..suaminya telah dimaklumkan melalui kiriman mesej Whatsapp..” tambah Azwan lagi.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.