“Takkan Sebab Anak Kau Meragam, Semua Orang Kena..” – Rakam Reaksi Anak Orang Tantrum Dalam Feri, Penjelasan Lelaki Ini Dikecam Warga Maya

Kehidupan

“Takkan Sebab Anak Kau Meragam, Semua Orang Kena..” – Rakam Reaksi Anak Orang Tantrum Dalam Feri, Penjelasan Lelaki Ini Dikecam Warga Maya

Tular satu video di TikTok baru-baru ini memaparkan sepasang suami isteri menunjukkan reaksi tidak selesa gara-gara mendengar suara kanak-kanak sedang ‘tantrum’ di tempat awam.

Gara-gara perkongsian itu, pasangan itu dikecam netizen di media sosial.

Advertisement

Susulan daripada hal itu, pemilik video itu kemudian tampil memberikan respon berkenaan isu tersebut.

Baginya, ibu bapa perlu memainkan peranan utama dalam menenangkan anak-anak masing-masing untuk tidak ‘buat perangai’ di tempat awam.

Takkan sebab anak kau seorang meragam, habis satu kapal kena layan. Kau tahu tak, ada orang sakit, kau tak tahu. Takkanlah semua orang nak kena faham, biasalah budak-budak. Sampai bila kita nak kena alasan tu.

Lepas tu, ada orang cakap, kalau kita menjerit, marah-marah, ada orang rakam. Kan ada beza dera dan mengajar, kalau sikit-sikit kau nak backup anak kau, habis sampai bila nak mendidik.

Dia juga mengakui dirinya masih belum mempunyai anak, namun sebagai seorang yang pernah menjadi kanak-kanak, dia berkata dia telah dididik tegas oleh ibu bapanya.

Namun, penjelasan lelaki itu tetap mengundang kecaman ramai.

pasangan suami isteri dikecam buat reaksi tak senang ketika budak tantrum

pasangan suami isteri dikecam buat reaksi tak senang ketika budak tantrum

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Datin Shahida dedah pembantu rumah buat benda tak senonoh di rumah
2 hours ago

(VIDEO) "Saya Tumbuk Dia" - Datin Shahida Dedah Pembantu Rumah & Tukang Kebun Buat 'Projek' Di Rumah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...