Takkan Saya Nak Buat Perkara Macam Itu – Zizan Razak

Hiburan

Takkan Saya Nak Buat Perkara Macam Itu – Zizan Razak

Abang Nara dah agak dah memang agak tidak logik untuk Zizan Razak dan Emma Maembong bercumbu di dalam kapal terbang. Confirmlah secara logik akan ada mata memandang. Takkanlah Zizan dan Emma tak boleh berfikir perbuatan seumpama itu akan menimbulkan spekulasi orang ramai. Lagipun bukan mereka berdua sahaja di atas kapal terbang itu, ramai lagi yang turut bersama.

zizan dan emma maembong

Advertisement

Apa pun Abang Nara respek dengan ke”rileks”an Zizan yang tidak menyalahkan sesiapa dalam kontroversi ini. Inilah baru artis sejati. Biasalah gosip-gosip sebegini dalam kehidupan seorang artis. Kalau tak nak jadi artis, lebih baik duduk kat kampung tanam kangkung. Kata Zizan kepada Mstar Online:-

Pemergian ke Amerika Syarikat bukan kami berdua sahaja tetapi pengurus dan beberapa krew turut ikut. Takkan saya hendak buat perkara macam itu di hadapan mereka semua. Isu yang ditimbulkan sebenarnya tiada apa-apa pun dan saya tidak terkejut pun kerana itu adalah lumrah dunia artis.

Gosip itu tidak akan timbul sekiranya tiada pihak yang cerita kepada pihak media dan wartawan hanya menjalankan tugas mereka. Saya juga tidak berani hendak tunding jari kepada mana-mana pihak kerana nama pun gosip dan pada saya ia kedengaran kelakar

zizan dan emma

Diharap dengan penjelasan ini, semua pihak berpuas hati. Biasalah bila jadi artis semua perbuatan kita akan diperhatikan. Nak makan nasi pun orang tengok. Beli baju kat “bundle” pun boleh jadi isu. Namun ketenangan Zizan menangani isu ini memang wajar dihormati. Tahniah Zizan.
shakleeP.S: Shaklee sememangnya satu produk kesihatan yang sedang hangat di pasaran ketika ini. Banyak sungguh kebaikan yang diperolehi sekiranya mengamalkan pemakanan Shaklee. Harga pun berpatutan. Kalau korang rasa nak cuba, boleh WhatsApp Azni di 013-594-7061. Layanan confirm terbaik dan akan menyebabkan anda tersenyum puas hati.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...