Abang Nara dah agak dah memang agak tidak logik untuk Zizan Razak dan Emma Maembong bercumbu di dalam kapal terbang. Confirmlah secara logik akan ada mata memandang. Takkanlah Zizan dan Emma tak boleh berfikir perbuatan seumpama itu akan menimbulkan spekulasi orang ramai. Lagipun bukan mereka berdua sahaja di atas kapal terbang itu, ramai lagi yang turut bersama.
Apa pun Abang Nara respek dengan ke”rileks”an Zizan yang tidak menyalahkan sesiapa dalam kontroversi ini. Inilah baru artis sejati. Biasalah gosip-gosip sebegini dalam kehidupan seorang artis. Kalau tak nak jadi artis, lebih baik duduk kat kampung tanam kangkung. Kata Zizan kepada Mstar Online:-
Pemergian ke Amerika Syarikat bukan kami berdua sahaja tetapi pengurus dan beberapa krew turut ikut. Takkan saya hendak buat perkara macam itu di hadapan mereka semua. Isu yang ditimbulkan sebenarnya tiada apa-apa pun dan saya tidak terkejut pun kerana itu adalah lumrah dunia artis.
Gosip itu tidak akan timbul sekiranya tiada pihak yang cerita kepada pihak media dan wartawan hanya menjalankan tugas mereka. Saya juga tidak berani hendak tunding jari kepada mana-mana pihak kerana nama pun gosip dan pada saya ia kedengaran kelakar
Diharap dengan penjelasan ini, semua pihak berpuas hati. Biasalah bila jadi artis semua perbuatan kita akan diperhatikan. Nak makan nasi pun orang tengok. Beli baju kat “bundle” pun boleh jadi isu. Namun ketenangan Zizan menangani isu ini memang wajar dihormati. Tahniah Zizan.
P.S: Shaklee sememangnya satu produk kesihatan yang sedang hangat di pasaran ketika ini. Banyak sungguh kebaikan yang diperolehi sekiranya mengamalkan pemakanan Shaklee. Harga pun berpatutan. Kalau korang rasa nak cuba, boleh WhatsApp Azni di 013-594-7061. Layanan confirm terbaik dan akan menyebabkan anda tersenyum puas hati.