Penyanyi rap terkenal, Ariz Ramli yang dahulunya dikenali sebagai Caprice meluahkan rasa kagum terhadap anak tirinya, Aleesya Sofea yang dianggap sebagai seorang kanak-kanak yang pintar.
Kata Ariz, ketika dia masih belum bergelar suami kepada isterinya kini, pelbagai insiden dan peristiwa telah terjadi di antara dia dan Aleesya yang baru sahaja mencecah usia 5 tahun.
Menggelarkan anak tirinya sebagai adik, Ariz pernah ditanyakan Aleesya mengenai status hubungan dia dan ibu, Farra Inalis.
Sebelum terfikir nak kahwin, masa tengah makan dekat One Utama, Adik tiba-tiba tanya ‘Daddy dengan mummy dah kahwin ke belum?’
Takkan nak teruskan hubungan yang haram depan budak 5 tahun, pulak tu yang selalu panggil kita daddy. Saya perlu buat keputusan.
Sehubungan dengan itu, Ariz berasa sedikit tersentak dengan soalan sedemikian rupa sebelum bertekad untuk berkahwin dengan wanita pilihannya itu.
Ariz dalam pada itu meluahkan harapan agar dia dapat menjadi suami dan ayah yang baik terhadap ahli keluarganya.
“Selepas memiliki isteri dan anak, saya pulang ke rumah setiap hati menghargai perkara-perkara kecil seperti makan malam bersama keluarga, pergi taman, membaca buku dan bermain permainan. Semuanya cukup. Alhamdulillah.” tulisnya lagi di sebuah hantaran Instagram untuk tatapan peminat.