Baru-baru ini, Wak Doyok ada memuat naik foto beliau bersama ibunya serta sebuah rumah banglo yang dihadiahkan khas buat kedua orang tuanya demi menghargai segala jasa mereka kepada beliau. Ada yang memuji Wak Doyok dan ada juga yang mengkritik ikon fesyen itu ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang beliau ada.
Bengang dengan kritikan yang dilemparkan netizen, Wak Doyok menerusi akaun Instagramnya tampil membidas setiap komen negatif tersebut.
Muat naik itu mendapat pujian ramai yang merasakan tindakan Wak Doyok menghargai pengorbanan ibu bapanya harus dijadikan inspirasi buat anak muda di luar sana untuk melakukan perkara yang sama kepada orang tua mereka.
Bersabar lah Wak Doyok dengan sikap dan kerenah sesetengah netizen yang sering mencari kesalahan orang lain.