Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Takkan Nak Guna Remy Ishak, Zul Ariffin Sentiasa..” Erma Fatima Tak Kisah Instafamous Jadi Pelakon, Bosan Tengok Muka Lama

Erma Fatima

Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima berkata dirinya tidak kisah jika selebriti media sosial ataupun lebih dikenali sebagai Instafamous ingin melebarkan sayap kerjaya mereka ke arah bidang lakonan tempatan.

View this post on Instagram

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Ujar Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad,53, dia menganggap kedatangan muka baru dalam industri tersebut sebagai suatu perkembangan yang baik namun perlulah hadir dengan niat yang betul sekiranya ingin terus berjaya.

Erma juga berkata bahawa setiap pelakon terutamanya senior dalam bidang lakonan ini perlu menerima hakikat bahawa setiap aktor dan aktres mempunyai ‘tarikh luput’ dan seharusnya berlapang dada dengan kehadiran pelapis mereka.

View this post on Instagram

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Advertisement

“Saya tiada masalah untuk golongan Instafamous atau mana-mana artis BBNU (Budak Baru Nak Up) nak jadi pelakon, saya mengalu-alukan kedatangan mereka tapi ia perlulah datang dengan niat yang betul. Janganlah pula kau baru berlakon tapi dah ada cerita buruk skandal sana sini atau ada gambar bogel.. itu merosakkan nama industri.”

Tambahnya lagi, industri seni merupakan sebuah kerjaya yang bergerak laju seiring dengan zaman dan setiap pelakon haruslah bersedia untuk dipuja kemudian dilupakan pada akhir nanti.

View this post on Instagram

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Kata pelakon utama drama Mok Cun ini,  kekurangan pelakon adalah salah satu faktor utama negara ketandusan bakat baru dan dia beranggapan bahawa penonton juga perlu disajikan dengan pelakon baru dan segar.

“Takkan balik-balik nak guna Remy Ishak, Zul Ariifn atau Shukri Yahaya sahaja..nanti orang akan kata, asyik muka pelakon yang sama..” ujar Erma mengakhiri bual bicara bersama sebuah media yang ditemui baru-baru ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Su

    April 10, 2021 at 10:07 am

    Baru dapat suami alim dah angkuh.lom lagi dpt anak.lebih angkuh la nanti.buat dilap minta maaf .buat lahi buat lagi.seumur hidup mengundang controversi. Org lain pun kaya.lebih cantik pun ada.cuba belar matang diri. Kok nanti ustad dah muak dan tak leh nak benafas baru tau.bola nak berubah eh perangsi yg duka menunjuk dan sombung. Dpn camara lagak alim.pijak semut tak mampoi dek oi.

Loading...
To Top