Pada zaman sekarang ramai berniaga produk produk memutihkan kulit kerana tidak dinafikan, wanita Malaysia gemarkan kulit yang putih merona.
Penjual-penjual produk seperti ini memang banyak mempromosi barangan penjagaan kulit dan suplemen pemutih kulit di Instagram para selebriti. Ramai yang yang buat tidak tahu saja, namun begitu pelakon Nabila Huda melalui komen Instagramnya telah membalas komen seorang penjual suplemen memutihkan kulit yang mempromosi produk.
Demi kulit putih yang diimpikan memang ramai menggunakan produk memutihkan kulit dan ramai juga merana kulit mereka rosak kerana menggunakan produk yang telah dicampur racun berjadual seperti merkuri, hydroquinone dan tretinoin.
Apatah lagi kesan jangka panjang produk-produk ini tidak diketahui, kerana terdapat juga kes-kes kerosakan buah pinggang dan hati di Malaysia akibat menggunakan suplemen yang diragui kandungannya.
Betul kata Nabila Huda, kita dilahirkan dengan kulit Nusantara, jadi cintailah warna kulit kita. Kalau tak putih pun, bukan tak cantik, kan? – beautifulnara.com
Sumber: Twitter @mikasa_mika
Anonymous
February 7, 2018 at 9:40 am
org bodoh je pcaya produk putih ni…pompuan2 kat IG yg review pun penipu…dorg sndr g drip vit c bagai…injet sana cni lg nak promote putih bab mkn produk…blambak produk pemutih ni ntah uji dr lab mana pun xtau…pgasas pun mgarut2
mel
February 6, 2018 at 11:18 pm
okkkk aku agree mat salleh mmg suka kulit cam dia ni. yg brown brown gitew. tp kulit melayu biasa or cam cina tu diorg panggil yellow je!! takdenye diorg tertarik! mat salleh gi tanning utk dptkn kulit cam latinos yg bronze and golden. bukan utk dpt kulit cam melayu sawo matang. sila check perbezaan sebelum anda perasan ye pompuan asia di luar sana bahahhaa. apa apa pun aku agree feel comfortable in ur own skin. x kisah la kulit kaler pe pon.
JanganMarah
February 6, 2018 at 10:46 pm
kalau kulit putih tapi gigi kuning buat apa
annone
February 6, 2018 at 8:26 pm
Kalau celebrity putih2 tu tapi dpt anak x cun rupa serta x putih, mesti tersipu2 kan..kantoi di situ bahawa rupa asal beliau bukan jenis lawa pun
unknown
February 6, 2018 at 7:13 pm
cuba tgk artis malaysia yg berkulit ala2 nabila.. suma kekal.. stupdi!